90%; Abnormal 10%; Normal

Kalau aku cerita benda ini dekat orang, orang akan cakap aku gila.

Tapi secara peribadinya aku turut merasakan diri aku sendiri seorang yang tak normal dan gila, kadang-kadang paparan langit bertukar menjadi imej-imej rawak dengan nada-tona bumi, suara Ian Curtis merangkak keluar dari celah-celah awan, Kurt bermain guitar sambil mengetip rokok dibibir dan berteriak dengan suara yang garau dan serak, Amy winehouse menari-nari dalam rentak yang celo, Sid membentak dalam melodi-melodi yang rancak, dan apa lagi? dan membaca sajak-sajak panjang Eliot di atas bentara sepi; dan apa yang aku ungkapkan ini adalah imej-imej yang terkeluar dari paparan skrin imaginasi aku sendiri dan memantulkan gema seolah-olah alam sedang dalam keadaan damai dan tenang, kalau aku cerita benda ni dekat orang lain atau kawan-kawan, diorang akan cakap aku gila, aku memang gila tapi bukan gila kerana mental broke yang buat urat-urat saraf putus dan terus jadi kejung kaku, bukan, gila aku belum sampai lagi ke tahap level-0 yang nantinya harus dirawat dengan fragmen-fragmen lampau, ahh klise.

Okay.

Aku tak tahu adakah hal ini harus aku terima sebagai suatu keajaiban atau sekadar hal yang nihil, kerana setiap malam aku akan didengarkan bunyian sekumpulan angin yang datang menderas laju dan memecah sepi bila berlanggar kuat dengan tembok-tembok kukuh, dan bunyian ini terus terperam dan terus berirama setiap malam-malam sunyi, dan aku tidak tahu, ini keajaiban yang diturunkan Tuhan atau aku terlalu berkhayal kerana herb-lino yang baru aku dapat ni terlalu power? entahlah.

Apapun kalau benar lah apa yang dihadiahkan Tuhan ini bukan suatu yang klise dan suara nyanyian sang angin sebagai pengantar pesan, aku tidaklah menolak keajaiban Tuhan dan kuasanya secara bulat-bulat malah ianya akan bergerak slowmo dan dihargai.

No comments:

Post a Comment