Berlabur

Air-air hujan yang jatuh meluruh
menembus atap-atap tua tidak bertuan
dan membasuh sekujur tubuh
yang bertelanjang di atas
ranjang tidak berpenghuni
bunga-bunga liar yang serba harum
melingkari di setiap sudut-sudut
ruang kamar yang usang
di sini desahan masih belum terdengar
oleh raungan yang berirama getir.

Dan kesunyian mula menyelubung
hati yang terdampar luluh
saat menanti sang hawa yang
tak kunjung menumpang teduh.

Setelah hujan berhenti
mengalir sungai yang deras
datanglah serombongan kera
dan menyampaikan pesan
dari dahan yang tinggi;
hajatmu selamanya akan terhambur
kerana titi yang menyambung ke daerah kamar persinggahanmu
telah ditiup oleh laungan angin yang mengasak gila
kerana dek kemarahannya kepada kita
berhentilah bertelanjang tubuhmu
bangkitlah dari lenamu
berlaburlah dari resahmu
hajatmu tidak akan termakbur jika dirimu
masih berkeras dan memeluk segenap tubuh.

No comments:

Post a Comment